Foto: Bedah Buku Ikigai

Penulis Fahd Pahdepie, menjadi narasumber saat bedah buku Ikigai di Jakarta, Sabtu (16/1/2021).

Ikigai ialah salah satu buku international bestseller dan mempunyai banyak versi yang ditulis oleh berlainan penulis.

Dua orang penulis yaitu Hector Garcia; seorang warganegara Jepun dan sering menulis tentang adat budaya orang Jepun dan Francesc Miralles; pemenang anugerah dan antara bukunya yang paling laris ialah tentang bagaimana untuk hidup dengan lebih baik, novel Love in Small Letters dan Wabi-Sabi.

Buku ini berlatarkan masyarakat Jepun di kawasan Okinawa dengan ketebalan 194 muka surat dan mempunyai 11 bab.

Ikigai berasal dari Bahasa Jepun. Ia tidak hanya mewakili perkataan dalam Bahasa Jepun, malah ikigai juga merupakan kepercayaan orang Jepun yang membentuk cara hidup mereka. Orang Jepun percaya bahawa setiap orang mempunyai ikigai; tujuan kita bangun setiap pagi atau sebab untuk terus hidup atau tujuan hidup.
